Di MYPAGE, polisi privasi individu adalah sangat penting. Dokumen ini menetapkan Dasar Polisi Privasi MYPAGE dan menerangkan bagaimana kami menguruskan maklumat peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).

Apakah Data Peribadi?

Data peribadi adalah maklumat mengenai individu yang boleh dikenalpasti. Ini termasuk sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenalpasti atau menghubungi individu tertentu. Pendapat atau kepercayaan individu, serta fakta tentang atau berkaitan dengan individu juga boleh dianggap sebagai maklumat peribadi. Data peribadi termasuk butiran, alamat surat, alamat e-mel, pekerjaan, nombor kad pengenalan, nombor pasport, pendapatan, butiran majikan, rakaman keselamatan (gambar dan rakaman video) dan mana-mana maklumat lain yang mungkin berkaitan dengan urusan anda bersama MYPAGE.

Pengumpulan Data Peribadi

Butiran peribadi hanya dikumpulkan jika anda memberikannya kepada kami, secara langsung atau tidak langsung dari pihak ketiga, laman web atau sumber awam, tetapi tidak terhad kepada:

  • Apabila anda menghubungi kami melalui halaman web atau rangkaian media sosial MYPAGE.
  • Apabila anda menghubungi kami melalui ejen berdaftar dibawah MYPAGE.
  • Apabila anda menghubungi Wakil kami.
  • Melalui pihak ketiga seperti rakan perniagaan kami dan / atau ejen anda.
  • Melalui acara atau aktiviti pemasaran, contohnya di acara pameran atau aktiviti mengumpul kad perniagaan.
  • Data yang dikumpul melalui penyertaan dalam tinjauan kepuasan pelanggan.
  • Data yang disediakan oleh anda seperti komen, pertanyaan atau mesej yang diserahkan kepada MYPAGE dalam apa jua cara.

Pemprosesan Data Peribadi

Pemprosesan data peribadi seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bermaksud mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi tetapi tidak terhad kepada:

  • Mengesahkan identiti anda apabila anda menghubungi kami.
  • Menjawab pertanyaan, komen dan cadangan daripada anda.
  • Memproses pesanan anda untuk membeli produk dan / atau perkhidmatan kami.
  • Membolehkan kami untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang anda pinta.
  • Membantu MYPAGE untuk mengesan dan mencegah penipuan dan / atau aktiviti haram.
  • Untuk pengurusan rekod dalaman MYPAGE.
  • Menjalankan analisis pasaran, penyelidikan dan memprofil pelanggan untuk mengkaji trend pasaran.
  • Memberi sokongan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan.
  • Memudahkan penyertaan anda dalam mana-mana program peraduan, acara dan / atau keahlian.
  • Meningkatkan kualiti produk dan / atau perkhidmatan MYPAGE.

Di samping itu, data peribadi anda boleh dikumpulkan, diproses dan digunakan untuk tujuan pilihan berikut:

  • Untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan lain yang mungkin menarik minat anda dan memberitahu anda mengenai produk dan perkhidmatan MYPAGE.
  • Untuk penghantaran dan komunikasi maklumat pemasaran – undangan ke acara eksklusif, maklumat tentang promosi dan tawaran, menghantar majalah dan / atau newsletter.

Pendedahan Data Peribadi

Data peribadi anda yang diberikan kepada kami boleh didedahkan kepada pihak ketiga berikut (di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang yang melibatkan hubungan kontrak yang berhubung kait (contohnya, jika kami melantik perkhidmatan pihak ketiga):

  • Entiti dalam MYPAGE.
  • MYPAGE dan ejen sah MYPAGE.
  • Rakan kongsi perniagaan, syarikat bersekutu dan rakan outsourcing kami.
  • Jabatan atau agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri.
  • Agensi penguatkuasaan undang-undang.
  • Pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, pembekal perkhidmatan, syarikat percetakan, syarikat telekomunikasi, kontraktor, penganjur acara dan latihan serta para penasihat).
  • Pusat data dan server untuk tujuan penyimpanan.

Hak Untuk Akses Dan Perbetulkan Data Peribadi

Tertakluk kepada pengecualian yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia, anda boleh meminta untuk mendapatkan, membetulkan, mengemaskini atau menghadkan data peribadi anda pada bila-bila masa. Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan yang telah anda berikan secara sukarela, sila hubungi MYPAGE dengan mengemukakan permintaan tersebut melalui e-mel ke alamat berikut:

E-mel:
Klik di sini untuk hubungi kami.

MYPAGE boleh mengubahsuai atau mengemas kini notis privasi ini untuk mencerminkan sebarang perubahan kepada amalan privasi kami, tanpa memberi notis terlebih dahulu dan sebarang pindaan akan dimaklumkan melalui halaman web kami.

Kami memberi jaminan bahawa kami mengamalkan tindakan berhemat apabila berurusan dengan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas dan juga meminta pihak-pihak yang berurusan dengan kami untuk menandatangani Perjanjian Non-Disclosure sebagai langkah untuk mematuhi Dasar Integriti Data kami.

Kami percaya bahawa anda bersetuju dengan terma di atas berkenaan pemprosesan maklumat peribadi anda. Jika anda tidak bersetuju dengan perkara di atas, sila hubungi kami seperti tertera di atas.